Pengisytiharan Kemerdekaan Catalonia
Pengisytiharan Kemerdekaan Catalonia

Pengisytiharan Kemerdekaan Catalonia

Pengisytiharan Kemerdekaan Catalonia merupakan sebuah usul yang diluluskan oleh Parlimen Catalonia pada 27 Oktober 2017, yang mengisytiharkan kemerdekaan Catalonia dari Sepanyol dan penubuhan sebuah Republik Catalonia yang merdeka. Selepas berlangsungnya suatu pungutan suara mengenai kemerdekaan Catalonia yang berlangsung pada 1 Oktober 2017, satu dokumen yang menubuhkan Catalonia sebagai sebuah republik merdeka telah ditandatangani oleh anggota majoriti parlimen pro-kemerdekaan Catalonia pada 10 Oktober.[1][2][3] Dokumen yang sama kemudiannya diundi dan diluluskan pada 27 Oktober oleh majoriti 70 daripada 135 orang ahli Parlimen dalam sesi pleno (sepuluh menentang dan dua lagi berkecuali).Lima puluh tiga orang ahli Parlimen dari pembangkang enggan hadir sewaktu berlakunya pengundian ini atas nasihat perkhidmatan undang-undang Parlimen Catalan kerana undang-undang berkenaan telah digantung oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.[4][5]Beberapa jam kemudian, Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy mengumumkan pemecatan Presiden Catalan, Carles Puigdemont dan kabinet pimpinannya serta mengumumkan pilihan raya Catalonia pada 21 Disember 2017.[6] Naib Presiden Catalonia, Soraya Sáenz de Santamaría telah dilantik untuk menjadi Presiden sementara Catalonia sehingga pilihan raya akan datang pada bulan Disember.[7]

Pengisytiharan Kemerdekaan Catalonia

Tujuan Pengisytiharan unilateral kemerdekaan Catalonia sebagai sebuah republik berdaulat daripada Sepanyol
Disahkan 27 Oktober 2017 (tidak diiktiraf)
Penandatangan Ahli Parliamen Catalonia yang mewakili parti-parti politik pro-kemerdekaan Catalonia
Dibuat 10 Oktober 2017

Rujukan

WikiPedia: Pengisytiharan Kemerdekaan Catalonia http://www.ara.cat/2017/10/10/Declaracio_Independe... http://www.antaranews.com/en/news/113250/indonesia... http://www.bbc.com/news/world-europe-41783289 http://cnnespanol.cnn.com/2017/10/27/el-mundo-reac... http://www.europe.easybranches.com/bulgaria/-DF--B... http://www.euronews.com/2017/10/10/catalan-leader-... http://www.euronews.com/2017/10/27/catalonia-what-... http://www.reuters.com/article/us-spain-politics-c... http://www.telemetro.com/nacionales/Panama-reconoc... http://news.xinhuanet.com/english/2017-10/28/c_136...